603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

TURUN PADANG BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MPS

TURUN PADANG BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Turun Padang Bersama Pengurusan Tertinggi di kawasan Wangsa Permai dan Bandar Tasik Puteri pada 6 November 2025.

Program ini turut disertai oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; YB Puan Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; Tuan Cheong Heng Wai, Ahli Majlis Zon 23; serta pegawai daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Korporat.

Pelaksanaan turun padang ini bertujuan untuk meninjau kawasan di sekitar Wangsa Permai dan Bandar Tasik Puteri berdasarkan aduan dan isu berbangkit yang diterima MPS serta menilai keperluan tindakan penambahbaikan bagi kesejahteraan penduduk setempat.

Lokasi yang dilawati termasuk:

  • Gerai MPS Desa Aman Puri Jalan 18 – perbincangan projek naik taraf gerai.

  • Padang Taman Wangsa Permai, Fasa 2 – perbincangan isu banjir di kawasan padang.

  • Jalan Persiaran KIP 2 – tinjauan projek pelebaran jalan.

  • Laluan Persiaran Perdana – semakan kerja naik taraf laluan pejalan kaki dan perbincangan mengenai Projek Dewan Terbuka Desa Aman.

  • Masjid Bandar Tasik Puteri - isu pembukaan jalan pintas dan masalah infra.

  • Projek Dewan Bandar Tasik Puteri - meninjau perkembangan pembinaan projek dewan.

Program ini memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi dan jabatan teknikal MPS untuk melihat sendiri keadaan di lapangan serta memperkukuh tindakan susulan yang lebih berkesan demi manfaat komuniti setempat.