603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Info Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti

Bahagian Pengurusan Projek & Fasiliti, MPS bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memantau pelaksanaan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan fasiliti bagi memastikan kemudahan dan aset-aset bangunan Majlis Perbandaran Selayang dapat berfungsi dengan baik, selamat dan berkesan selaras dengan objektif organisasi.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti bertanggungjawab menjalankan aktiviti seperti berikut:

  • Merancang, melaksanakan dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan aset bangunan / fasiliti Majlis Perbandaran Selayang yang melibatkan skop kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.

  • Menyelaras dan melaksanakan projek-projek menaiktaraf / penyelenggaraan yang melibatkan peruntukan MPS, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

  • Mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan diterima yang melibatkan penyelenggaraan bangunan pejabat dan bangunan bukan pejabat seperti dewan, gerai dan pasar awam.

  • Menguruskan stor alatan penyelenggaraan bangunan dengan melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, pengendalian dan pengeluaran stok.

  • Menguruskan pendaftaran aset / komponen yang berkaitan penyelenggaraan bangunan.

  • Menguruskan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan bangunan awam (bukan milik MPS) yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan yang disalurkan melalui MPS.

Image
EN HAFIZAN

Ketua Bahagian

Hafizan Bin Khamis

Timbalan Ketua Bahagian

Rodzman Bin Roslan

Ketua Kerani

Rafidah Binti Sharif

Bahagian / Unit

Tiada

Jumlah kakitangan

21 orang

Tingkat Bawah, Bangunan Lama MPS

03-61265806