603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Hutan Rekreasi Kanching

 
sg_1
2_1
3_1

Terletak kira-kira 3 kilometer dari Taman Rimba Templer, Hutan Lipur ini dilengkapi dengan laluan pejalan kaki sepanjang air terjun. Seperti Taman Rimba Templer, kawasan ini masih diliputi hutan tropika yang hijau.

Di beberapa lokasi terdapat kedudukan yang sesuai untuk perkhemahan dan aktiviti berkelah selain menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu. Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas awam, tempat persalinan, gerai untuk menjaja dan kawasan letak kereta.