Tahniah diucapkan kepada para pemenang sempena Program Gerai Cantik dan Bersih anjuran Majlis Perbandaran Selayang. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 12 Disember 2023 bertempat Gerai MPS Bandar Baru Selayang.
Seramai 19 orang peserta dan melibatkan 22 unit gerai telah terlibat sepanjang program ini berlangsung.
Terima kasih dan tahniah kepada semua pemenang dan yang telah turut serta bagi program tahun ini. Diharapkan program seperti ini menjadi satu langkah kepada peniaga untuk sentiasa menitik beratkan aspek kebersihan dan keceriaan gerai MPS.
Bengkel Jana Pendapatan Melalui Youtube (Penciptaan Kandungan Kreatif) Majlis Perbandaran Selayang Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pada 9 Disember 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Encik Mohd Khairul Amin bin Kamarudin, Pakar Pemasaran Digital telah berkongsi dan mencurahkan ilmu tentang bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Youtube di dalam bengkel ini yang disertai oleh seramai 50 orang peserta.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini akan memberikan impak yang positif, memantapkan dan meningkatkan produktiviti dan kualiti daya kreatif para peserta untuk menjana pendapatan melalui Youtube.
Hadir sama YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Mohd Haris bin Amir, Pengurus Perhubungan Pura Development Sdn. Bhd. dan para pegawai jabatan dalaman MPS.
Majlis Perhimpunan Bulan Disember, Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Majlis Perbandaran Selayang Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 8 Disember 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.
Penganjuran Hari Inovasi dan Integriti MPS 2023 bertujuan untuk menggalakkan percambahan idea-idea kreatif dalam kalangan penjawat awam serta menggalakkan pembudayaan inovasi dalam organisasi sektor awam ke arah meningkatkan produktiviti, menyelesai masalah dan menambah baik inisiatif-inisiatif kepada rakyat.
Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Cetus Idea KIK 2.0 kepada 15 jabatan dalaman MPS yang terlibat turut diadakan pada majlis ini. Jabatan Kejuruteraan telah mengungguli tempat pertama, diikuti dengan Jabatan Bangunan dan Jabatan Perbendaharaan di tempat ketiga manakala Jabatan Khidmat Pengurusan telah memenangi Kategori Persembahan Terbaik.
Selain itu, penyampaian Hadiah Kuiz Betul dan Pantas 2.0 turut diadakan yang menawarkan pelbagai barangan elektrik sebagai hadiah kepada para pemenang. Pada penutup majlis, sesi cabutan bertuah kepada 20 pemenang turut diadakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Yang Dipertua MPS turut berkesempatan melawat pameran-pameran yang diadakan sepanjang Hari Inovasi dan Integriti MPS Tahun 2023 berlangsung.
Hadir sama Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, barisan Ahli-Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan MPS dan kakitangan MPS.
Seminar Hala Tuju Kesatuan dan Harapan ANULAE telah diadakan pada 7 Disember 2023 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.
Seminar ini telah disertai oleh 75 orang terdiri Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MPS, kakitangan MPS, peserta dari ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang dan Cawangan MDN Selangor yang bertujuan untuk pemantapan, kefahaman dan pengukuhan sebagai sebuah kesatuan terunggul di Selangor.
Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS.
Semoga seminar yang diadakan ini dapat memberikan pengetahuan baharu kepada semua yang menyertainya.
Sempena Hari Inovasi dan Integriti Majlis Perbandaran Selayang 2023, Unit Integriti MPS telah mengadakan Ceramah Integriti bertajuk “Scammer… Anda Mungkin Mangsa Seterusnya” pada 6 Disember 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.
Ceramah telah disampaikan Tuan ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran integriti dalam kalangan warga MPS dan memastikan semua warga MPS terhindar daripada terlibat dengan jenayah scammer.
Pada 7 Disember 2023 pula, Breakfast Talk bertajuk "Sexual Harrassment In Workplace" telah disampaikan oleh Puan Suhaila binti Abdul Hamid, Pengarah Perundangan MPS, Taklimat Integriti bertajuk “Tatakelakuan Penjawat Awam” oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS dan Takliman Go-Green oleh Puan Nurul Rosmalailis binti Ramali, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, JPSPK MPS kepada kakitangan MPS yang hadir.
Pameran daripada AKRAB MPS yang menyediakan Penilaian Ujian DASS 21 serta pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sepanjang Hari Inovasi dan Integriti MPS 2023 berlangsung turut diadakan.
Taska Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan program Super Fun Birthday Party pada 5 Disember 2023 bertempat di The Parenthood, Melawati Mall.
Seramai 14 kanak-kanak yang telah turut serta dalam aktiviti tahunan anjuran Jabatan Khidmat Pengurusan MPS. Program ini diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran selain mewujudkan semangat kekeluargaan dan memupuk rasa kasih sayang antara kanak-kanak dan juga pengasuh. Disamping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.