2023
Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang pada hari ini menzahirkan rasa bangga beliau atas pencapaian MPS dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS bertempat di Lobi Menara MPS.
Penyampaian sebanyak tiga anugerah iaitu sijil pengiktirafan atas penyediaan SDG City Roadmap di Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day, Anugerah Khas Komuniti Ceria Kebun Komuniti Flat Dadimur Taman Batu Caves sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023 dan Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia telah diadakan pada majlis ini diikuti dengan penyampaian hadiah Karnival Sukan Antara Jabatan bagi sukan sepak takraw, karom, bola sepak dan bola jaring.
Turut diadakan penyerahan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam sebanyak RM10,000 hasil sumbangan daripada kakitangan MPS dan pihak MPS sendiri sebagai tanda solidariti penjawat awam dalam membantu rakyat Palestin.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024

Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024 anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 14 telah diadakan pada 3 Disember 2023 bertempat di Blok Dahlia dan Cempaka, Taman Tun Teja.
Seramai 60 pelajar dari golongan B40 telah menerima sumbangan ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang dan Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah atas inisiatif ini. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi

Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi anjuran bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 15 dan Pertubuhan Pembangunan Wanita Berdaya Rawang telah diadakan pada 3 Disember 2023 bertempat di Dewan Kampung Lim Tan Rawang.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi manfaat kepada para usahawan yang berminat dan ingin menceburi bidang makanan. Tahniah diucapkan kepada Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis MPS atas penganjuran ini. Turut hadir YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Program Bengkel Pembuatan Aiskrim Yogurt Viral

Program Bengkel Pembuatan Aiskrim Yogurt Viral telah diadakan pada 2 Disember 2023 bertempat di Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 9 dan dikendalikan sendiri oleh Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin, Ahli Majlis MPS.
Seramai 50 peserta bersama-sama mempelajari cara pembuatan Aiskrim Yogurt Viral yang diajar secara percuma. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharapkan dengan program ini dapat menimba ilmu dan dapat dipraktikkan sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
PROGRAM TANAM POKOK PERDANA MPS 2023

YB Puan Jamaliah bin Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar pada hari ini telah merasmikan Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023 bertempat di Elmina Business Park.
Program yang sama juga turut diadakan di dua lokasi secara serentak iaitu di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu, Gombak dan Taman Pinggiran Pelangi, Rawang. Seramai 550 sukarelawan telah terlibat di ketiga-tiga lokasi untuk menanam pokok.
Terima kasih diucapkan kepada para pemaju iaitu Sime Darby Property Sdn. Bhd.; Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; JPS Gombak; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Malaysia Nature Society (MNS); STERIS; Kian Joo Can Factory dan Vivar Printing Sdn. Bhd. yang telah menyumbang dan menjadikan program pada hari ini satu kejayaan buat MPS.
YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya berharap penganjuran program sebegini dapat mendatangkan manfaat dalam aspek keindahan, kebersihan persekitaran dan pembangunan landskap secara menyeluruh.
Turut hadir Tuan Appollo Leong, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Bandar, Sime Darby Property Berhad; Tuan Tan Yong Cheem, Timbalan Presiden, Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; Puan Cindy Chong, Pengurus Kumpulan Sumber Manusia Kian Joo Can Factory Berhad; Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah jabatan MPS.
Jamaliah Jamaluddin
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama