603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Sumbangan Tong Sampah Kepada Penduduk Kampung Permata

Sumbangan Tong Sampah Kepada Penduduk Kampung Permata

Penduduk Kampung Permata, Kuang telah menerima sumbangan tong sampah baharu sebanyak enam (6) unit daripada Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis Zon 19 MPS pada 29 November 2023.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saharudin atas sumbangan ini dan diharapkan ia memberikan kemudahan penduduk dalam menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 27 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Seramai 15 usahawan dengan 23 lot kanopi telah menjual pelbagai produk Industri Kecil Sederhana (IKS), jualan buah bermusim dan pelbagai makanan kepada 552 pengunjung.  Inisiatif ini diharapkan dapat membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah.

Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS dan Puan Ruzani Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Tahniah ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang

Tahniah ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang

Sekalung tahniah diucapkan kepada ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang yang telah menerima Anugerah Cawangan Cemerlang atas Pencapaian Cemerlang Pengurusan Kesatuan dan Program Cawangan bagi Sesi 2020-2023 pada 23 Disember 2023 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru.

Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar sempena Persidangan Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Tritahunan Kali ke-28 bagi sesi 2023-2026.

Anulae Majlis Perbandaran Selayang

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023 telah berlangsung meriah dengan penyertaan sebanyak 22 agensi di bawah daerah Gombak pada 22 Disember 2023 bertempat di Lite Superbowl, Selayang Mall. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti riadah dan merapatkan silaturahim antara agensi yang terlibat.

Senarai pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

High Pin Fall – Kumpulan

Johan : Penyedlidikan Perhutanan Negara
Naib Johan : Hospital Selayang
Ketiga : Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

High Pin Fall – Individu

Johan : Irwan Shah bin Hashim, Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Gombak
Naib Johan : Mohd Hafiz bin Md. Tahir, Hospital Selayang
Ketiga : Mohd Sharul Amin bin Mat Shaharuddin, Institut Penyelidikan Perhutanan Negara (FRIM)

High Number of Strikes – Individu

Johan : Irwan Shah bin Hashim, Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Gombak
Naib Johan : Zainurul Ezhar Zulkifli, Bank Islam Berhad (Cawangan Selayang)
Ketiga : Aimi Kamilah binti Che Jaafar, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada para peserta atas komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini dapat terus meluaskan jaringan ukhuwah sesama agensi.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

MAJLIS ANUGERAH JMB/MC TERBAIK MPS 2023

MAJLIS ANUGERAH JMB/MC TERBAIK MPS 2023

Majlis Anugerah JMB / MC Terbaik Majlis Perbandaran Selayang 2023 telah diadakan pada 22 Disember 2023 bertempat di Setia Eco Templer Rawang. Majlis ini diadakan sebagai bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada semua badan pengurusan strata dalam kawasan MPS yang telah memberikan perkhidmatan kepada komuniti yang cemerlang.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Anugerah JMB/ MC Terbaik 2023 Skim Kos Rendah

Johan : TDBC LC Management Corporation (RM1,500)
Naib Johan : Perbadanan Pengurusan RPKR Taman Sri Batu Caves (RM1,000)
Ketiga : Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Mesra (RM500)

Anugerah JMB/MC Terbaik 2023 Skim Kos Sederhana

Johan : Perdana Puri Management Corporation (RM1,500)
Naib Johan : Andari Townvilla 2 JMB (RM1,000)
Ketiga : Perbadanan Pengurusan Andari 1 & 2 (RM500)

Anugerah JMB/MC Terbaik 2023 Skim Kos Tinggi

Johan : Anggun 3 Joint Management Body (RM1,500)
Naib Johan : Badan Pengurusan Bersama Park Manor (RM1,000)
Ketiga : Camelia Management Corporation (RM500)

Anugerah Khas Pusat Kitar Strata (PKS)

Johan : JMB Pangsapuri Kenanga (RM600)
Naib Johan : Pangsapuri Mawar A & Teratai B JMB (RM400)
Ketiga : Desa Dua Management Corporation (RM200)

Penyampaian hadiah bagi anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad , Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor; Encik Mohd Zamri bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Strata KPKT; Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Lawatan Sambil Belajar Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak

Lawatan Sambil Belajar Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak

Majlis Perbandaran Selayang berbesar hati menerima lawatan sambil belajar daripada para pelajar Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 14 Disember 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Lawatan ini disertai oleh 26 pelajar diketuai oleh Profesor Madya Dr. Rabi'ah binti Aminudin, Pensyarah UIAM. Taklimat mengenai Peranan MPS sebagai PBT telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan taklimat mengenai Peranan Ahli Majlis telah disampaikan oleh Tuan Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Ahli Majlis MPS.

Diharapkan dengan lawatan ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada jurusan yang diambil oleh para pelajar di universiti.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023