603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah menjadi pemenang sempena Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 yang telah diadakan pada 21 November 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Majlis turut dihadiri Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Norliza binti Brahim, Pengetua SMK Gombak Setia, Puan Nur Faeeza binti Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak dan Dr. Hj. Ahsarutheen bin Hj. Mohiadeen, Yang Dipertua PIBG SMK Gombak Setia.

Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan bermula 15 Mei 2023 hingga 31 Ogos 2023 meliputi 31 buah sekolah di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah iaitu Kutipan Barangan Kitar Semula Terbanyak; Kutipan Minyak Masak Terpakai Terbanyak; Kutipan Barangan E-Waste Terbanyak dan Skuad Bank Kitar Semula Terbaik.

Terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah yang telah turut serta bagi program tahun ini. Diharapkan program seumpama ini akan menjadi satu langkah proaktif dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023