603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah menjadi pemenang sempena Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 yang telah diadakan pada 21 November 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Majlis turut dihadiri Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Norliza binti Brahim, Pengetua SMK Gombak Setia, Puan Nur Faeeza binti Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak dan Dr. Hj. Ahsarutheen bin Hj. Mohiadeen, Yang Dipertua PIBG SMK Gombak Setia.

Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan bermula 15 Mei 2023 hingga 31 Ogos 2023 meliputi 31 buah sekolah di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah iaitu Kutipan Barangan Kitar Semula Terbanyak; Kutipan Minyak Masak Terpakai Terbanyak; Kutipan Barangan E-Waste Terbanyak dan Skuad Bank Kitar Semula Terbaik.

Terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah yang telah turut serta bagi program tahun ini. Diharapkan program seumpama ini akan menjadi satu langkah proaktif dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Lawatan MPS Ke Kebun Komuniti Garden 8 & Kebun Komuniti Geliga Nilam (KKGN)

Lawatan MPS Ke Kebun Komuniti Garden 8 & Kebun Komuniti Geliga Nilam (KKGN)

Tuan Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS pada hari ini telah mengadakan lawatan ke projek Kebun Komuniti yang telah diusahakan oleh penduduk setempat di Taman Perwira, Gombak. Turut hadir Ketua Kejiranan Fasa 1, Tuan Abdul Latiff bin Mohamed serta YDP Badan Pewira Setia Indah Gombak (BKPSIG), Tuan Azri bin Shamsul. 

Dalam lawatan tersebut, Tuan TYDP memuji usaha serta kerjasama komuniti yang sangat proaktif dan inovatif dalam membangunkan kebun komuniti di kawasan tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas serta berbangga dengan banyak pengiktirafan dan anugerah yang diterima pihak Garden 8 untuk inisiatif projek ini.  

MPS berharap agar inisiatif cemerlang seperti ini dapat terus berkembang dan menjadi contoh kepada kawasan-kawasan lain di bawah pentadbiran Selayang.

Garden8.malaysia

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor

Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Selayang atas pencapaian merangkul Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 18 November 2023.

Majlis anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDT Kuala Langat), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Endah (MPKK Kg. Endah) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Kuala Langat.

Anugerah ini diberikan kepada MPS sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam melaksanakan MURNlnets. Semoga anugerah ini akan meningkatkan lagi persekitaran kehidupan yang mampan khususnya dalam kawasan pentadbiran MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

SUMBANGAN TABUNG AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM

SUMBANGAN TABUNG AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM

Majlis Perbandaran Selayang hari ini telah menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam di Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Tabung kemanusiaan ini dilancarkan oleh kerajaan sebagai tanda solidariti penjawat awam dalam membantu rakyat Palestin.

Sumbangan hasil kutipan dari kakitangan MPS ini dikendalikan ANULAE Cawangan MPS dan telah diserahkan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS kepada YB Tuan Dr. Ahmad Fazli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membela nasib yang menimpa saudara kita di Palestin.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023

Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti Flat Dadimur Taman Batu Caves yang telah menerima Anugerah Khas Komuniti Ceria sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023. Majlis telah diadakan pada 18 November 2023 bertempat di Midlands Convention Centre, Shah Alam dan dirasmikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor di bawah kelolaan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai usaha-usaha komuniti strata dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui kebun-kebun komuniti dan pertanian bandar. 

Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga komuniti di bawah pentadbiran MPS akan meneruskan program hijau dan mampan untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023