2023
Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day

Majlis Perbandaran Selayang telah menerima sijil pengiktirafan atas penyediaan SDG City Roadmap di Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day di Malaysia Urban Forum 2023 pada 6 November 2023 di Kuching, Sarawak.
Sijil Pengiktirafan yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah diterima oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.
Penyediaan SDG Cities Roadmap ini adalah langkah awal MPS untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) di Perbandaran Selayang.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja

Untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan para remaja, MPS telah menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja bagi kategori umur bawah 14 tahun dan 16 tahun yang telah diadakan pada 4 November 2023 bertempat di Stadium MPS.
Bagi kategori umur bawah 14 tahun, SMK Bandar Tasik Puteri telah menewaskan SMK Tun Perak dengan keputusan 2-0. Manakala bagi kategori umur bawah 16 tahun pula, SMK Tun Perak telah berjaya menumpaskan SMK Darul Ehsan dengan keputusan akhir 2-0.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan. Semoga kejohanan ini dapat membentuk para remaja yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
Penyampaian hadiah dan pingat kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri

Satu taklimat kepada peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri telah diadakan pada 2 November 2023 bertempat di Pusat Komuniti Kundang Estate.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zariman bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPS dan Encik Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS kepada 41 orang peniaga yang hadir.
Menerusi taklimat ini, MPS telah memaklumkan kepada para peniaga tentang tapak niaga yang telah dinaiktaraf dan pengoperasian akan bermula pada 4 November 2023. Turut diberikan penerangan berkenaan syarat-syarat permit meja lipat dan tindakan sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Program Tandas Bersih

Tahniah diucapkan kepada R&R Rawang, AEON Mall Rawang dan Petronas Taman Daya kerana telah mengekalkan taraf lima bintang sebagai tandas yang bersih, selesa dan selamat untuk digunakan oleh orang awam bagi bulan Oktober 2023.
Pemeriksaan terhadap 25 premis telah dilakukan oleh pihak MPS bagi memastikan tandas awam di bawah kawasan pentadbiran Selayang kekal bersih, higenik dan mesra pengguna.
Diharapkan semua premis akan terus konsisten dalam mengekalkan dan memelihara kebersihan tandas awam di lokasi masing-masing.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Seminar Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang

Bagi meningkatkan kualiti dalam pengurusan kawasan berstrata, Seminar Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang Siri 3/2023 diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2023 di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.
Seminar ini disertai oleh seramai 40 peserta melibatkan Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC) di bawah pentadbiran MPS bertujuan untuk mempelajari tentang Sistem e-COB selain taklimat berkenaan pelaksanaan Perlantikan Ejen Pengurusan di bawah Seksyen 86.
Seminar selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir Tuan Sr. Mohd Asraf bin Mat Yajid, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama